Sunday, July 23, 2017

Penang Road Trip : Day 1

Assalamualaikum and hello.

Apart from Sabah, going for road trip to Penang is one of my wishlists. I went to Penang during my second year in IIUM tapi masa tu singgah sekejap on our way back to KL from Kedah. I didnt even had the chance to properly taste how sedap Nasi Kandar Line Clear was. Hahaha.

Jadi apa? Jadi kita repeat Penang. Apart from the fact that I might kena saman at Ipoh sebab tak perasan kat situ 90 km/h sahaja, Penang road trip was sooo funnnn. We (Yani and I) went there for 2 days, last Saturday and Sunday. Mama was so worried we might not be able to make it sebab Penang kan jauh katanya. Larat ke nak drive berdua katanya. We did it :)

I started my journey from Nilai at 7 am instead of 6.15 sebab pukul 6.15 baru bangun tidur hahaha. I picked Yani up at her house at Kajang and we were together from there. We continued our journey, had our breakfast at Restoran Jejantas Sungai Buloh and continued our journey at 9 am. Drive slow je directly sampai Tol Juru, at around 12.30 pm (I will list out all the costs later, yeah).We used Penang first bridge since Yani said the second bridge is at Bayan Lepas area. Jauh sikit katanya. Headed directly to Nasi Kandar Beratur (location beside Masjid Kapitan Keling) only the get disappointed because they actually start their operation from 10 pm. Sobs. 

Then, we decided to go to Nasi Kandar Line Clear instead (waze Nasi Kandar Line Clear). Pilih Nasi Putih, Kuah Campur, Ayam Goreng Rempah, Ulam Timun dan Sayur Kobis Goreng dengan Teh Ais. Kedai tak berubah pun dari 4-5 years back. Kali ni baru dapat rasa sedapnya nasi kandar dia *insert emoji air liur meleleh. Tak sempat nak ambil gambar nasi kandar sebab lapar + excited sangat nak makan. Oh ya, kami park kereta dekat tempat parking around kedai tu juga. Dekat area situ ada banyak tempat parking tapi kena bayar. Tak mahal, jangan risau. 

We finished nasi kandar at around 1.30 pm, decided to go to Padang Kota Lama (waze : Padang Kota lama) or you might know it as Fort Cornwallis since hotel check in time is 3 pm. Fort Cornwallis ni macam kubu zaman perang dulu-dulu. They still keep the tugu, meriam and so on. 


Fort Cornwallis entrance


One of the forts


Meriam (bukan meriam buluh tau)

There was nothing much here. Rasa macam tak worth it pun ada tapi alang-alang dah sampai Penang, so why not? Tapi public toilet dia lawa oi, siap aircond. Tapi one thing about Penang, it is so hot pheww. Maybe sebab dia dikelilingi laut kan. Bahang dia subhanallah, mata sis banyak kali sepet pasal terik sangat :')

We went straight to hotel to check in and get some rest. Yani booked Georgetown Hotel one week erarlier through booking.com but she made no payment or deposit, bayar masa check in sahaja. Room was okay, cuma toilet dia kurang memuaskan. Tapi boleh la untuk 1 night stay. Kami rehat, mandi dan solat. At 5 pm, kami keluar semula untuk isi minyak kereta (masa ni minyak kereta dah tinggal 3 bar, last fueled up masa dekat Kajang) dan terus menuju ke the famous Penang Street Art. Plan asal sebenarnya nak cari Ais Kepal (waze : Lebuh Armenia) tapi tak jadi, terus ke Street Art since it is located not far from that Ais Kepal. 

We parked kereta dekat tepi jalan besar tu, buat berani je kalau kena clamp padan muka. Tapi mujurnya tidak. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan, Penang Street Art tidak terletak dekat satu kawasan maka kita kena berjalan sikit untuk cari dekat mana letaknya art tersebut. Yani kata boleh bakar semula kalori makan nasi kandar tadi, hahaha. We walked around here and there for about 3 km (to sum up) I think. Itu pun tak jumpa semua street art. There were so many people since it is weekend. Belum cuti sekolah or public holiday dah berebut nak bergambar dekat street art.


One of the streets


Nak dapat gambar ni kena beratur macam nak guna ATM.



Introducing my loyal travel partner :)


Owl Shop


Because it is cat. Why not?

This cat mural painting is located inside a cat shop. Well not literally a cat (pet) shop but it is a cat-based craft shop. Be it bangles, key chains, anklets, tote bags and t-shirts. All are based on cat motive. 

Lepas dah penat jalan, well memang penat macam apa sebab orang ramai + sesak, terus gerak ke Pantai Batu Ferringhi (waze : Batu Ferringhi) for sunset. Walaupun tak jauh sangat tapi makan setengah jam juga nak sampai sebab jammed pasal traffic light dia berlapis-lapis bakhang. Pheww lebih kurang Melaka juga hahaha. Parking kereta dekat around situ, banyak parking spot dia provide tapi kena bayar. I was only 7 last time I went to Batu Ferrighi, while sending Abah off for Hajj. Sunset here was to die for, subhanallah.


Jatuh cinta :)


We went for a walk at Batu Ferringhi Night Market. I thought dia punya night market ada jual barang cenderahati tapi nope, sangkaan saya meleset sama sekali. Dia jual barang-barang macam kat uptown je. So we did not bought anything there, cuma jalan jalan and terus cari tempat makan. Nasi kandar tengahari tadi dah habis terbakar masa jalan kaki dekat street art. Maka lapar semula. Kami makan dekat Mady Char Kuew Teow. We ordered Char Kuew Teow special + Teh O Ais. Tapi portion dia agak kecil jadinya kurang kenyang hahaha. 


Char Kuew Teow Special

This basically ends our first day of Penang trip. Below is the list of all costs for first day. 

1.   Isi minyak dekat Kajang : RM 32
2.   Makan dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh : RM 7.50
3.   Tol Jalan Duta - Juru : RM 43.30
4.   Tol Penang Bridge : RM 7 (2 hala, masuk dan keluar bayar sekali sahaja)
5.   Parking Nasi Kandar Line Clear : RM 2
6.   Lunch Nasi Kandar Line Clear : RM 11.50 (termasuk air)
7.   Parking Padang Kota Lama : RM 2
8.   Padang Kota Lama entrance fee : RM 10 (for Malaysian)
9.   Hotel : RM 99/room, RM50 per person + RM50 deposit (returned upon check out time)
10. Isi minyak dekat Penang full tank : RM 38
11. Parking Batu Ferringhi : RM 5
12. Dinner Char Kuew Teow : RM 6.50 + RM 1.50 air

We used a Perodua Bezza, for information. Memang jimat minyak. Tak, saya bukan tengah promote kereta. Cuma nak cerita pasal jimat minyak dia je, hehehe. Semua gambar diambil guna Yicam action camera + handphone camera since I did not bring my DSLR camera. Rugi.

I will continue Penang Road Trip : Day 2, soon together of remaining of Sabah entry, which I went on last April. Till then, harap membantu sedikit sebanyak. Thank you for reading :)



Thursday, July 6, 2017

SABAH : Day 2

Assalamualaikum dan Hi.

We are back to the channel *ala ala berita kat tivi. This also might gonna be a long (mixed malay + english) post. Please bear with me (while I am not working today and I am so rajin).

Hari kedua mula dengan breakfast dekat hotel. Breakfast not provided together with hotel fees tapi kita boleh request dia provide dengan bayaran tambahan. Since dekat Kundasang macam susah sikit nak cari makanan, we decided to have our breakfast at hotel. Kami order 2 Nasi Goreng Kampung untuk kongsi makan 4 orang + air masing-masing for 4 persons. Rasanya harga Nasi Goreng tu RM10 per plate. Breakfast pun boleh dapat view Gunung Kinabalu guys. 


Breakfast. Nasi goreng kongsi.



Begitu view dia, I jatuh cinta berkali-kali :)

Lepas breakfast, terus check out hotel and directly heading to Desa Dairy Farm tempat lembu moo moo banyak-banyak. Just waze Desa Dairy Farm and sekali lagi jalan dia berliku subhanallah. Bukit dia curam juga tapi tak securam bukit nak naik hotel Crystall Inn. Kena ready mental dan fizikal kalau nak jalan area Kundasang. 

Nak masuk Desa Dairy Farm kena bayar RM5 per person. It is highly recommended to come here before 9am sebab nak dapat tengok view gunung dari sini kan. Well, dekat Kundasang ni mostly about its beautiful views, bukan begitu? Lambat, rugi. After 9am, gunung dah malu-malu nak munculkan diri. Dia dah mula berlindung sebalik kabus tebal. Dekat sini boleh bagi makan baby lembu tapi kami pergi tengok je baby lembu tersebut, tak bagi makan pun. Dekat sini juga boleh beli susu dengan aiskrim yogurt sedap. Maybe sebab dia fresh dari ladang yang jadi sedap. Harga aiskrim dengan susu tak ingat. Hehehe. 



Maafkan saya, saya silau.


My personal favourite. Masa ni gunung dah mula tertutup dengan kabus.


Aiskrim yogurt sedap. Wajib try kalau datang sini.

Lepastu kami bergerak ke Kinabalu Park. Tempat ni kita lalu kalau on the way nak ke KK kalau dari Kundasang. It will be on your right kalau dari Kundasang. Masuk sini kena bayar RM3 per person. Boleh bawak masuk kereta sampai dalam and jalan sampai ke hujung sekali kat starting point orang nak hiking Gunung Kinabalu. Dekat sini tak ada apa yang menarik sangat. Bergambar dan terus keluar. 

Dekat belakang tu ada banyak tupai-tupai liar yang lapar. Jadi hati-hati takut dia gigit.



Starting point nak hiking Gunung Kinabalu. Maka kita acah acah nak mendaki, yeah?


Sis yang paling kiri, mata mana?

Dekat Kinabalu park mostly gambar. Nampak spot macam lawa sikit, terus park kereta dan bergambar. Hehehe. Itu sahaja untuk Kundasang. Kami skip Fish Spa & Poring Hot Spring. Dekat Poring ada canopy walkaway, so next time kalau repeat Sabah wajib pergi Poring Hot Spring :)

Lepastu kami terus bergerak ke KK semula dan terus check in hotel. Kami book Hotel De Galleria pun through booking.com for RM80/person for 2 nights stay. Lepas settle check in, terus pergi cari makan sebab masing-masing lapar kebulur, hahaha. Kami makan dekat Restorang Sempelang, KK (boleh waze) tak jauh dari area hotel. Kami makan nasi campur. Makanan was okay, pekerja kedai were okay, harga pun affordable. 

After that, we headed to Signal Hill Observatory Tower (kot) nama dia. Dekat sini boleh tengok view bandar KK dari atas tapi sebenarnya takdelah nampak the whole city pun. KK tu besar gabak. There was nothing much here. 


Second personal favourite.

After that, we headed to Tanjung Aru dengan harapan nak tengok sunset tapi rasanya salah tempat (LOL) sebab kami waze Tanjung Aru First Beach and turned out bukan macam the famous Tanjung Aru yang orang selalu pergi tu. Sebab tak ramai orang pun kat situ. Huhu. Lepastu rasa macam awal sangat kot datang, matahari taknak turun lagi pun hahaha.





Atas jambatan tepi jalan. We got so many weird staring for this (insert annoyed emoji)

Atfer that, we headed to Pasar Filipino (or whatever you guys call it) since it is located not far from the location of this photo. Tapi traffic jammed sama macam KL masa ni. Lepastu nak cari parking pun satu lagi masalah. Berapa kali pusing entah baru dapat parking. Makan seafood dekat sini. we tried big lobster here sebab nak sangat rasa. Dekat sini ada tempat jual products based on pearl, ikan bilis (dan seangkatan dengannya), kerepek dan keropok macam amplang juga ada tempat makan seafood. So semuanya ada dekat sini, like 4 or maybe 5 in 1?


Semuanya dah sememeh sebab tak mandi dari pagi hahaha

Ikan terubuk masin from Sarawak pun ada jual dekat sini. Beli selagi boleh. Orang jual tu akan bungkus kan barang kita beli dalam kotak and dia ada seal elok-elok sekemas yang boleh supaya tak berbau dalam flight nanti. Be it ikan bilis, ikan jeruk or keropok kerepek semuanya dia akan isi dalam kotak dan balut kemas. I pula takt tahan godaan dengan pearl cantik-cantik subhanallah. Walaupun bukan jenis pakai sangat benda macamtu, tetap membeli. Typical :')

Maka, itu sahaja untuk SABAH : Day 2. Nanti-nanti sambung lagi untuk Day 3 and Day 4 (last day) of us there.

Catatan sebelum:

Thank you for reading, guys.