Friday, April 5, 2013

Uzbekistan - HARI KEDUA ( part 1 )


Assalamualaikum.

dah beberapa hari jugak berhenti hapdet entri pasal uzbek. jadi moh la kita menyambung semula hari ni. banyak lagi hari nak kena hapdet. jadi mohon hapdet cecepat sikit okey juhaida.

bismillah. hari kedua, 23 mac 2013. pagi pertama dekat uzbek ( okey ayat dah macam apa ). sejuk kemain k. semua orang bersiap-siap nak berangkat ke Tashkent State Institute of Oriental Studies untuk start program. sebelum berangkat tu, kami semua training menari untuk persembahan masa kat unibersiti tu. yang lelaki menari zapin. kami perempuan menari indang. pernah dengar? aku tak pernah dengar jugak sebelum ni. join program ni baru tahu, kbai -,-


kompilasi gambar tengah training menari. 
nampak tu memasing pakai glove. sejuk. hiks.

kredit gambar : Nazurah.

lepas dah settle semua training, kami gerak la ke unibersiti tu. jalan kaki je tau. menikmati keindahan alam. cewah. suka sangat pemandangan dia. aku telah jatuh cinta ( baca sambil menyanyi ). hiks. 


berjalan kaki menuju destinasi. 
kalau jumpa dengan orang uzbek time berjalan ni, start la diorang pandang pelik gila kat kami.
mungkin sebab semua pakai baju melayu and baju kurung agaknya :D


sekitar Tashkent. sambil berjalan kaki sempat lagi ambik gambar ni.


sempat lagi :D

sampai kat unibersiti, diorang sambut meriah sangat. diorang cakap bahasa melayu dengan kami. okey. ada sorang lecturer diorang, nama cikgu faridah, cakap bahasa melayu sepenuhnya dengan kami. k aku kagum kejap walaupun dia cakap lebih kepada slang indon. cumanya kami tak boleh la cakap laju-laju dengan diorang macam kita komunikasi hari-hari tu. kang letih dia nak faham cakap kita. kena cakap sebutir-sebutir. alaa, serupa la kalau kita belajar bahasa uzbek tu. mesti nak cakap sebutir-sebutir jugak.

kat sana, kitorang dengar ucapan dari rektor unibersiti tu ( rasanyalah, aku tak berapa pasti jawatan dia ). dia cakap bahasa uzbek pastu ada sorang tukang translate. lepastu, get ready untuk persembahan. 


baju tarian indang kitorang cenggitu k. gambar ni hari ketiga punya tapi nak tunjuk baju tu sebenarnya.
dari kiri : Aqilah, aku ( eh, malu ), Mimi, Amirah, Melly, Zulaiha, Ain.

kredit gambar : Nazurah.

dah siap persembahan zapin dengan indang, diorang ( student uzbek ) pulak buat persembahan. tarian jugak. tarian diorang la. cikgu cakap, orang uzbek ni sangat suka hiburan. so diorang eksaited kemain tengok kami perform tu. okey.

dah selesai semua persembahan, bagi cenderahati kat rektor tadi. pastu sesi bergambar. eh. haha. 


antara gambar dengan sebahagian student and lecturer BM. 

kredit gambar : Nazurah.

so, dekat sini kitorang berkomunikasi dengan diorang dalam bahasa melayu. kat situ la cara nak mantapkan penggunaan bahasa melayu pada diorang. berborak dengan diorang dalam BM. cumanya kita kena take time nak faham diorang cakap sebab maklumlah, diorang bukan orang melayu. okey.

oh ya, Murza dengan Ahad yang kami jumpa masa jalan-jalan malam first sampai uzbek tu, belajar kat sini la. jumpa jugak dengan Murza kat sini sebab dia kan one of malay language students :)


sebelum gerak balik ke hotel. 
yang pakai baju kemeja belang tu cikgu zuber. yang pakai baju kemeja hitam tu cikgu razman. and yang pakai baju kurung biru tu cikgu faredah a.k.a ummi :)

kredit gambar : Nazurah.

lepastu gerak balik hotel. nak get ready untuk pergi rumah Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan. dia jemput kami semua makan tengahari kat rumah dia. yeayy! jalan kaki jugak pergi rumah dia. macam-macam jugak dia sediakan. main menu dia nasi lemak dengan spageti ( nampak macam mee ) goreng. Alhamdulillah, kenyang. 


kami semua. muka memasing bahagia dapat makan sedap. hiks.

kredit gambar : Nazurah.


masa on the way balik semula ke hotel. 

kredit gambar : Nazurah.

okey, rasanya sampai sini dulu la. ada lagi sebenarnya cerita hari kedua. ini baru separuh cerita, tapi aku rasa dah panjang gila O.o jadi aku membuat keputusan untuk bahagikan entri hari kedua jadi dua bahagian. 

nanti aku sambung lagi entri hari kedua ( part 2 ).

p/s : gambar yang tak ada watermark aku ( zuhaidazunairi) maksudnya semua gambar dari kamera Nazurah ( in case aku terlupa kredit kat dia ). termasuk gambar yang gabung-gabung tu :)

p/s II : memang aku banyak ambik gambar dari kamera dia sebab gambar kamera aku banyak aku ambik gambar pemandangan and gambar aku sendiri, hiks. tak banyak gambar yang ceritakan event tu sendiri -,- maafkan saya Nazu. mohon izin guna gambar awak, terima kasih :)

jom baca entri hari pertama sekali.

terima kasih kerana membaca ^^



1 comment:

Sop said...

best nyer duduk tempat org